Aduan polis terhadap PM, Adun BN
 
Angkatan muda keadilan (AMK) PKR membuat laporan terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya “bersikap biadap dan menderhaka” kepada Sultan Terengganu.Laporan tersebut dibuat oleh timbalan ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.

fariz musaDalam laporannya itu, Fariz mendakwa, isu pelantikan menteri besar itu melanggar prinsip perlembagaan yang seharus menghormati keputusan sultan dan institusi beraja.

“Tindakan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan 23 Adun tersebut sebagai menderhaka dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya dalam laporan itu lagi.

“Saya dengan ini menyatakan keputusan Duli Yang Mahu Mulia dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) adalah keputusan yang tidak boleh diengkari dan dipertikaikan,” katanya dalam laporan tersebut.

Dalam laporan itu juga, Fariz berkata, pihak eksekutif tidak boleh keterlaluan dengan memperlekehkan dan secara terbuka menentang institusi raja berperlembagaan kerana ia boleh menyebabkan suasana buruk dan menjejaskan keharmonian negara dan negeri.

Lagi laporan polis

Sementara itu, AMK Terengganu akan membuat satu lagi laporan polis esok terhadap 23 Adun berkenaan, termasuk Datuk Seri Idris Jusoh atas dakwaan menderhaka kepada istana.

Laporan tersebut akan dibuat oleh Ketua AMK negeri, Rosdi Baba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“AMK mahu polis menyiasat kesemua Adun terbabit apa motif mereka bermati-matian mempertahankan Idris walaupun tidak direstui oleh istana.

“Tindakan Adun-Adun berkenaan tidak mencerminkan prinsip menjunjung raja berperlembagaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rosdi berkata, tindakan Adun BN itu lebih biadap daripada pemimpin DAP dalam isu membantah pelantikan menteri besar Perak baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak faham mengapa Adun berkenaan berkonfrontasi kerana kedua-duanya merupakan dari parti sama iaitu Umno.

Rancang perhimpunan

Sementara itu, Rosdi berkata, satu perhimpunan membabitkan 10,000 rakyat Terengganu dirancang diadakan bagi menyatakan sokongan kepada istana.

Katanya, perhimpunan tersebut akan diadakan di Batu Buruk, Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini serta perarakan ke Istana Tetamu.

“Kita menentang sikap penderhaka kerana ia bukan sahaja tidak beradab tetapi juga tidak menghormati institusi Raja.

“Kami melihat ada kain rentang yang ditampal di istana mengandungi perkataan yang tidak sesuai untuk ditujukan kepada istana.

“Sama ada mendapat permit polis, atau tidak perhimpunan tersebut akan tetap diadakan,” katanya lagi.

Langkah sopan

Dalam perkembangan berkaitan, PKR negeri menggesa ketegangan antara istana dengan BN ditangani “dengan penuh berhemah dan berhati-hati, terutamanya dalam menjaga hubungan intim dengan pihak istana kerana ia amat sensitif bagi orang Melayu.”

Dalam kenyataannya, setiausaha badan perhubungan parti itu Razali Alias berkata jika BN atau Umno tidak bersetuju dengan lantikan MPPR, langkah yang lebih sopan disyorkan dan bukannya melalui “kenyataan-kenyataan yang berbetuk penghinaan atau tekanan terhadap pihak istana.”

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilaporkan menyiasat aduan tiga wakil rakyat yang mendakwa cuba dibeli agar berpihak kepada Ahmad.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, Mohd Zawawi Ismail (wakil Kuala Berang), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ramlan Ali (Jabi) melaporkan percubaan berpindah kem politik kepada badan itu.

Malaysiakini bagaimanapun setakat ini belum dapat mengesahkannya.

(dipetik dari malaysiakini)

Aku anak Terengganu jati…maka sebagai anak Terengganu..Aku amat menentang kepada mereka2 yang memperlekehkan institusi beraja di Terengganu…Tuanku tidak pernah mencerca dan menindas rakyat..ALLAHHHHUAKBARRR!!!!…DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU…DAULAT TUANKU

Ku menyeru pada semua…mari kita pakat gocoh kepada penentang kesultanang melayu kite…mari kite pakat gocoh DERIH JUSOH…aihhh dia ainihhh….nok lawang rajo kononnggg…sekali Sultan chah tekok…putuh duee…padang la dengang muke munggg!!!!!

penderhaka

part 1

part 2

(video courtesy bySalamPantaiTimur...thanks a lot)

Friday, March 14, 2008

Istana ‘Murka’ Idris

Terengganu akan mendapat Menteri Besar yang baru apabila Datuk Seri Idris Jusoh ‘tidak diperkenan’ oleh pihak istana untuk memegang jawatan itu bagi penggal kedua.Demikian dilaporkan oleh akhbar media perdana hari ini. Akhbar tersebut memetik sumber Istana Terengganu yang mengesahkan sehingga hari ini Idris tidak mendapat ‘restu’ untuk meneruskan tugas tersebut walaupun beliau berjaya mengetuai Barisan Nasional (BN) Terengganu memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.Sumber Istana juga menyebut bahawa usaha sedang dilakukan untuk mengenal pasti calon untuk menerajui kerajaan negeri, namun setakat ini nama-nama yang difikirkan sesuai belum diterima oleh pihak istana.‘‘Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu Bab Kedua menyebut pelantikan Menteri Besar hendaklah terdiri daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).‘‘Yang ditekankan di sini bukanlah mereka yang mengetuai parti yang memenangi pilihan raya tetapi mana-mana seorang ADUN yang pada fikiran Sultan Terengganu boleh mendapat kepercayaan ahli-ahli dewan yang mewakili rakyat negeri ini,” kata sumber tersebut.Jurucakap itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Idris semalam yang menyerahkan kepada pihak istana untuk menentukan tarikh istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar serta kedudukan beliau sama ada dipilih semula atau tidak memegang jawatan itu.Kedudukan Idris menimbulkan tanda tanya apabila istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar dan ahli Exco kerajaan negeri yang sepatutnya berlangsung pagi kelmarin di Istana Maziah di sini dibatalkan.Mengulas lanjut, sumber istana itu berkata, Sultan Terengganu sebenarnya bukan melibatkan diri baginda dengan politik sehingga melampaui sempadan, namun apa yang baginda mahu ialah kepentingan dan kesejahteraan rakyat mendapat pembelaan.Sumber itu menafikan pihak istana campur tangan berhubung pelantikan menteri besar yang baru. Katanya, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menentukannya.‘‘Pihak istana sebenarnya tidak campur tangan dalam pemilihan menteri besar, cuma istana mahu mereka yang menjadi menteri besar adalah mereka yang benar- benar diterima oleh rakyat.‘‘Istana juga mahu mereka yang menjadi Menteri Besar berkemampuan untuk membawa kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan di kalangan rakyat,” kata sumber tersebut lagi.Kenyataan tersebut mengesahkan ‘desas-desus’ selama ini bahawa Tuanku Sultan ‘murka’ kepada Idris. Tindak-tanduk Idris sebagai ketua kerajaan selama ini banyak diperkatakan dan tidak diterima oleh rakyat jelata. Pernah seorang pengunjung Buletin Online memberitahu dia telah menghantar surat kepada Tuanku, memperihalkan kepada Tuanku, tentang ‘fe’el’ perangai Idris.Buletin Online juga pernah memaparkan didalam kolum minda editor, salah satu insiden yang menyebabkan Tuanku Sultan Mizan murka kepada Idris. Ia adalah perihal berkaitan penggunaan logo Majlis Bandaraya Kuala Terengganu(MBKT). Kerajaan Terengganu telah memilih logo yang menggunakan ‘lingkaran bunga padi’ sebagai pemenang bagi pertandingan mencipta logo MBKT dan menggunakan logo tersebut tanpa merujuk kepada pihak Tuanku.

Sedangkan ‘lingkaran bunga padi’ digunakan dalam ‘personal standard’ atau bendera peribadi Tuanku. Selain dari itu sikap ‘gelojoh’ Idris juga mungkin menjadi sebab mengapa pihak Istana tidak perkenan dengan beliau.

Ramai yang mengetahui dan menghebohkan bahawa Tuanku Sultan juga menjadi ‘murka’ terhadap pelancaran dan perasmian Taman Tamadun Islam yang telah berlangsung pada pada 3 Februari lalu.

Perasmian taman tema yang memakan belanja ratusan juta ringgit duit rakyat itu sepatutnya hanya sebagai satu acara tunggal sahaja, namun kerana inginkan publisiti berganda, Idris membelanjakan RM15 juta pula wang rakyat untuk dua majlis perasmian.

Perasmian taman tema dan perasmian ‘masjid’ dbuat sebagai dua acara yang berasingan.

Menjadi suatu perkara yang agak ‘mencemar duli’ apabila Tuanku Sultan Mizan diminta untuk merasmikan ‘masjid’, namun rupa-rupanya taraf ‘masjid’ Kristal hanyalah sebuah surau sahaja! Tidak layak didirikan solat Jumaat didalamnya.

Buletin Online juga melihat Idris selaku ketua kerajaan negeri telah menyalahgunakan kedudukan tuanku sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Terengganu. Sikap Idris yang gemarkan ‘publisiti murahan’ dengan tujuan mengaburi pandangan rakyat terhadap kerajaan telah menyalahgunakan wajah-wajah dan batang tubuh Tuanku, menjadi penghias papan tanda besar ‘billboard’.

Penggunaan Tuanku sebagai propaganda, dengan secara sengaja dan keterlaluan , mengambil kesempatan diatas keterlibatan Tuanku dalam acara atau majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, dikatakan juga adalah idea dari bekas Menteri Besar Terengganu itu.

dari buletinonline.net