DAULAT TUANKU…
March 23, 2008
INI MEMANG BETUL MENYAKITKAN HATI..
Aku tidak betah berpolitik..apalagi memberi fakta2 yang yang tersirat dalam politik..namun sebagai rakyat yang setia kepada pemerintahan beraja..apa salahnya untuk kita tidak mencari sebab untuk menderhaka..atau melawan titah..apasalahnya kita berpegang teguh dengan asal kemelayuan kita yang dulunya terkenal dengan budi bahasa dan adab serta adat.???
Apa kejadahnya dengan beberapa orang menteri dalam kerajaan sekarang yang berani menidakkan kuasa sultan yang memerintah..kerana setianya kepada parti sehingga sanggup menderhaka..pada Aku memang sesuatu yang karut..yang tak masuk akal…jelas kebodohan yang ditonjolkan kepada rakyat dalam ISU MENTERI BESAR TERENGGANU..
menunjukkan kuasa yang ada pada Sultan tidak layak untuk melantik pembesar dinegerinya sendiri kerana kepentingan sebuah parti…dalam pemerhatian Aku..ini adalah penderhakaan yang paling besar dalam sejarah kesultanan Terengganu semasa hayat Aku ni…
berikut beberapa petikan yang dipetik dari akhbar arus perdana:-
-Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.//http://www.utusan.com.my
-Ditanya mengenai terdapat campur tangan istana dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu, beliau memberitahu: ”Saya tidak mahu bergaduh dengan sesiapa.”//http://www.utusan.com.my
Kalau dah Sultan tidak mahu seseorang itu untuk menjadi pembesar dinegeri yang diperintahnya..mesti Sultan mempunyai sesuatu sebab untuk Sultan melantik seseorang pembesar yang lain.Adakah kerana Idris Jusoh yang mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan dalam sebahagian orang UMNO..maka UMNO sanggup untuk menidakkan kuasa yang ada pada Sultan?..
Berikutan dari boikot oleh 22 adun di Terengganu..semasa perlantikan MB oleh Sultan Terengganu…menunjukkan betapa gila kuasa dikalangan exco2 UMNO..betapa mereka nampaknya sangat terhutang budi dan body…kepada Pok Yeh..(Idris Jusoh)..
mungkin mereka berkata…”kalau kita tak menyokong Pok Yeh…maka tak leh la kita nak makan lebih…duit dari Masjid Kristal dan Monsoon Cup depa dok beri lagi tuh..nok dok nok…kita kena sokong Pok Yeh weiii”…
Umno semakin biadab terhadap istana
| Mat Zain Mat Isa Sun | Mar 23, 08 | 3:15:59 pm MYT |
|
Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu telah sampai ke kemuncaknya. Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) mewakili Pemangku Raja Terengganu telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said. <!– –><Meski pun pelantikan ketua kerajaan negeri itu diharap menamatkan tempoh penantian lebih dua minggu setiap rakyat Terengganu, ia berakhir dalam keadaan amat tidak menyenangkan. Kecuali Ahmad, 23 lagi Adun Barisan Nasional yang turut menang dalam Pilihan Raya Umum, 8 Mac lalu membantah pelantikan itu.Jumlah 23 itu termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sendiri. Sebelum ini para pemimpin BN negeri, khususnya Idris sendiri, ada menyatakan kesediaan mereka menerima apa jua keputusan yang bakal dibuat pihak istana. Ternyata kini segala ikrar taat setia mereka kepada pihak istana itu tidak berpanjangan.Kenyataan protes dan boikot 23 Adun BN itu amat biadab terhadap institusi istana. Perhatikan apa kata wakil mereka, Datuk Rosol Wahid dalam sidang media di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu semalam (Sabtu).”Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan (sebagai Adun) jika beliau (Idris) tidak dipilih,” kata Rosol, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.Kenyataan itu bukan saja suatu penolakan terhadap keputusan yang telah dibuat pihak istana, malah ada unsur ugutan. Mereka seakan-akan memberi kata dua kepada pihak istana, sama ada menerima calon pilihan mereka atau kemelut itu tidak akan selesai.
Tindakan mereka itu sekaligus mencabar kewibawaan dan kemuliaan institusi istana. Sikap negatif terhadap istana itu bukan saja dinyatakan wakil-wakil rakyat BN (hanya seorang wakil MCA, yang lain semuanya Umno). Ia turut dikongsi ketiga-tiga sayap Umno negeri itu. Dalam sidang media berasingan semalam (Sabtu), Ketua Pemuda Umno negeri, Mohd Sabri Alwi, bersama Ketua Wanita Umno negeri, Senator Wan Ramlah Ahmad dan Ketua Puteri Umno negeri, Senator Nordiana Shafie sebulat suara membantah dan menolak apa yang mereka sifatkan sebagai ‘campur tangan istana’ dalam kemelut pelantikan Menteri Besar negeri itu. “Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengeluarkan watikah untuk buat pelantikan (Menteri Besar), tetapi oleh kerana ada masalah di istana dan ada campur tangan istana sehingga (menyebabkan) tertangguh pelantikan itu,” kata Mohd Sabri. Kebiadaban Umno Terengganu terhadap pihak istana itu diburukkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam satu kenyataannya di Putrajaya yang juga dikeluarkan semalam, Tengku Adnan membayangkan akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad jika beliau menerima pelantikan ke jawatan Menteri Besar Terengganu. Ini kerana, kata Tengku Adnan, pelantikan Ahmad yang dipilih oleh istana itu jelas mengingkari arahan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang mahukan Idris sebagai Menteri Besar. Apakah ayat itu bermaksud, bagi para pemimpin Umno, keputusan dan arahan presiden parti mereka lebih berhak disanjung dan ditaati berbanding keputusan dibuat pihak istana? Jangan lupa Umno ada rekod tersangat buruk dengan institusi istana. Apa yang bakal berlaku selepas ini juga dijangka akan lebih memperjelaskan lagi sikap biadab Umno itu. Dalam hal ini, rakyat Terengganu jangan menyesal atau cuba menyalahkan orang lain kerana telah tersalah pilih pemimpin pada 8 Mac lalu./wann. |
petikan dari harakahdaily.net
DAULAT TUANKU…RAKYAT AKAN SENTIASA SETIA KEBAWAH DULI TUANKU ….

–><Meski pun pelantikan ketua kerajaan negeri itu diharap menamatkan tempoh penantian lebih dua minggu setiap rakyat Terengganu, ia berakhir dalam keadaan amat tidak menyenangkan. Kecuali Ahmad, 23 lagi Adun Barisan Nasional yang turut menang dalam Pilihan Raya Umum, 8 Mac lalu membantah pelantikan itu.Jumlah 23 itu termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sendiri. Sebelum ini para pemimpin BN negeri, khususnya Idris sendiri, ada menyatakan kesediaan mereka menerima apa jua keputusan yang bakal dibuat pihak istana. Ternyata kini segala ikrar taat setia mereka kepada pihak istana itu tidak berpanjangan.Kenyataan protes dan boikot 23 Adun BN itu amat biadab terhadap institusi istana. Perhatikan apa kata wakil mereka, Datuk Rosol Wahid dalam sidang media di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu semalam (Sabtu).”Mana-mana calon selain Idris, kami tidak akan terima. Malah ada di kalangan kami yang sanggup meletak jawatan (sebagai Adun) jika beliau (Idris) tidak dipilih,” kata Rosol, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu.Kenyataan itu bukan saja suatu penolakan terhadap keputusan yang telah dibuat pihak istana, malah ada unsur ugutan. Mereka seakan-akan memberi kata dua kepada pihak istana, sama ada menerima calon pilihan mereka atau kemelut itu tidak akan selesai.

