RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL…
Pesan Roh Kepada Manusia
|

” Ada dua waktu tidak di tolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah “
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
Pesan Roh Kepada Manusia
|

” Ada dua waktu tidak di tolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah “
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
10JAN2009 (11.40 a.m)
kami memulakan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi menggunakan jalan Gombak lama..perjalanan menarik kerana melalui jalan kampung yang redup dan mendamaikan..tiada kesesakan tiada pencemaran yang ketara..”TANGLIR” disitulah tempat yang akan kami tuju..
dengan sebuah AVANZA 1.3 kami bertiga bergerak dari Gombak menuju ke Bukit Tinggi..dan sayang seribu kali sayang perjalanan awal kami tidak dirakamkan kerana masing2 tidak membawa kamera..hanya kamera handphone yang menjadi bekalan untuk gambar-gambar yang tidak seberapa..namun kami akan cuba yang terbaik untuk mengabdikan kenangan disana.
Pada awal perjalanan kami langsung tidak membayangkan masalah..namun setelah beberapa jam perjalanan barulah kami menyedari masalah yang akan berlaku..iaitu keadaan jalan untuk kesana (Tanglir Waterfall)..kami bukannya membawa pacuan 4 roda..hanya kenderaan biasa..dengan tugasan yang agak membebankan..iaitu mendaki bukit2 curam yang terletak di Bukit Tinggi..dan ternyata kami menempah masalah…

kenderaan yang kami bawa tersangkut di pertengahan perjalanan..walaupun kami menyedari yang jalan kami lalui itu adalah salah..oleh kerana excited..kami tempuhi jua..ternyata kami gagal..kenderaan sangkut di tanah yang lembut di tengah2 hutan Bukit Tinggi..tanpa sebarang peralatan yang sepatutnya seperti penyodok tanah mahupun cangkul..kami hanya ada sepana..jack kereta dan parang kayu buatan Khairul(YOY)..lantak la..

Namun kami diajar untuk bersabar dengan keadaan..diajar rilek dengan tekanan..jangan menggelabah..walaupun hati kami gundah..dan berjaya mengawal sifat marah…ye la..kalau Aku marah..Khairul marah…dan Afnan(NAN)…juga marah..sampai ke Aku membuat penulisan ni pun kami tak akan turun lagi dari Bukit Tinggi..ye la..mana taknya…gila apa nak menapak turun…tak sanggup ooOO…
apapun tahniah kerana persahabatan yang terjalin diantara kami….tersadai berjam-jam membuatkan kami tak putus asa untuk berusaha keluar dari kawasan tersebut..
Dipendekkan cerita..setelah berjaya mengeluarkan tayar kereta yang tersangkut kami turun dengan selamat untuk menuju ke kawasan air terjun yang dimaksudkan…recce dan terus recce..akhirnya kami berjaya menemui kawasan tersebut dengan bantuan pekebun-pekebun yang terdiri dari orang Nepal dan tokei-tokei Cina yang mengusahakan kebun sayur disitu.. terdapat banyak simpang-simpang kecil yang sering membuatkan kami tersilap masuk..ye la first time kesana…oleh kerana tidak mengenal putus asa..kami berjaya..
kawasannya cukup cantik..dengan keaadaan yang menyegarkan dan mendamaikan..juga sesuai untuk membawa keluarga..dan dinasihatkan jangan pergi ketika hari hujan..kerana masalahnya akan lagi teruk…percayalah..tapi itulah cabarannya…kan…seronok dan begitu teruja dengan keindahannya..



Disini terdapat rakaman video sewaktu kami berada dalam masalah dengan kenderaan dan keseronokan ketika berjaya sampai ketempat yang dituju..



segarBegitulah keseronokan yang kami lalui ketika berada di Air terjun Tanglir..
dalam usaha mengeluarkan kenderaan takde pacuan kami yang tersangkut…
video manisnya…
Begitulah cabaran ketika perjalanan kami menuju ke Tanglir..namun cabaran sebegitu masih tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan cabaran2 dari ekspedisi lain yang terdapat sebelum ini..
apapun kami merasakan bukan untuk kali ini saja kami ke Tanglir..dimasa akan datang kami akan melakukan lagi aktiviti yang serupa..
tunggulah untuk ekspedisi “KEMBARA AIR TERJUN TANGLIR 2″
CAU!! semuga dilain kali akan mendapat sambutan yang lebih ramai dari kengkawan sekalian…