SG.LEMBING

February 22, 2008

Sungai Lembing suatu ketika dahulu terkenal dengan hasil lombong Bijih Timah yang terbesar di Asia, mungkin didunia..mengikut cerita Atuk Aku yang pernah bekerja dilombong tersebut..habih anak beranak kerja kat situ…dari Atuk…Pak Sedara…Pak Sepupu..hingga ke dua tiga pupu…kiranya banyak la jugak Atuk punya jasa kat lombong tinggal tu…kalau nak dikira lombong tebuk bukit tu lebih besar dari yang terdapat di Bukit Besi,Terengganu..nak cerita banyak Aku kurang dapat info..Atuk just cerita secara ringkas je..tapi yang Aku tahu Ibu Aku membesar disana(Sg.Lembing)…tak banyak sikit terasa bangga jugak Aku dengan lombong tinggal tu..

ni ha ada sikit sejarah Sg. Lembing yang aku dapat daripada wikipedia:-

  • 2001 mula dibuka kepada pengunjung. Luas kawasan muzium ini 2.235 hektar.
  • 1906-1986 Perlombongan bijih timah Sungai Lembing dijalankan oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL).
  • 1911 Bangunan ini asalnya sebuah banglo pengurus Eropah yang duduk di sini. Muzium ini menghadap Sungai Kenau. Senibinanya bercirikan senibina kolonial. Asalnya hanya beratapkan daun nipah dan menggunakan kulit-kulit kayu.
  • Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya .
  • Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
  • Pelombong ketika itu terpaksa menggunakan topi keselamatan, lampu kabaid dan lampu berkuasa bateri sahaja. Keberanian bekerja dalam terowong amat penting. Keselamatan menjadi perkara kedua.

Muzium Sg.Lembing,Pahang

Muzium Sg.Lembing,Pahang

bukit bekas lombong tebuk

Terowong bawah tanah

Terowong bawah tanah atau ‘pengkang’ dikorek secara manual tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.

Terowong terdalam adalah lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Pengunjung biasa tidak dibenarkan mengunjungi terowong kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing itu tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, ditenggelami air dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar itu dianggap luar biasa dan mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang meninggal dunia ketika membina terowong dan mencari gali bijih.

2 Responses to “SG.LEMBING”

  1. faizah Says:

    akum,
    saya berminat untuk mengkaji ttg lombong sg lembing.blhkah anda membantu saya

  2. onedeety39 Says:

    agaknya macamana saya boleh membantu saudari…


Leave a Reply